Monday, 25 June 2012

Hidupku sekarang..^_^

Assalamualaikum.. uh lama bru aq post semnjak my bestfrnd buatkan blog ni..hehe hr ni rasa2 mau palk tlis2..hehe bosan bha..fhm2 la kn, klu bosan ni mcm2 jak d pkir mau di buat tp kali ni mau buat ni plak aq rasa bha..hehe x salah bha kn?? klu salah pn ada ku kesah blog ku bha ni...hahaha.. aq crita dr thn lalu la, mau imbas2 bha knagn2 dlu..hehe thun 2 thun aq bambong, lpas jak aq stpm 2010 trus aq bambong lama jga aq bambong 1 thn lebih ni, dapt jak result stpm mcm blh p jauh jak p u, tp harpn 2 x ksmpaian rupanya, ksian tgk jak la kwn2 lain 2 p u naik bus express,naik kapal trbng, aq naik bas bhnti2 jak sian..hahaha.. jd la aq trus bambong d ruma.. hjung2 thn 2 ada la jga pngilan spa pegawai pnjara d sni smngat mau keja plak, smngat btl ni lps jga suma ujian fizikal pas 2 awl bln 1 thn 2012 tmu dga, uh ni aq btl2 harp ni mkin hkmah x dpt u,tp kuar jak kptsn tmu dga 2 smngat 2 trun blik sbb x dpt jga cuma simpanan 1 thn.. tp apa pn aq bersyukur sbb d bg pluang rasa pengalam tmu dga spa..hehe..da xdpt 2 lain jga lelaki tgal ruma truskn jd cba jga cri keja d bndr 1 hr tp x jmpa..hahah.. smapi la tgl 4.4.2012 2 ada kwn rekemen keja d tmpatnya.. jd aq mau cri jga pnglamn kn, ptma xmau jga keja ni malu la,xpndai la,bosan la, tp klu x cuba mcm mna mau tau kn.. jd aq cuba jak keja ni..mau tau keja apa?? keja yg x pna aq duga..haha jd cikguuu bha..jd mula hr 2 aq jd la cikgu d sebuah skolah swasta,.pnglamn hr ptma 2 pling syok la,, awl2 namaq da d olok. tp 2 la 1 cbrn jd sorng pndidik kn..hahahaha..pndidik la sngat..hahah.. em lain thn aq smbng lg crita ok, biar pn xda yg bca..hekhek..bye3 see ya..

Thursday, 5 May 2011

Cinta sejati yg abadi..

"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."


Dalam hidup ini, ada perkara yang kita sendiri x fahami kenapa ia terjadi...kita x pernah pun inginkan perkara tu terjadi..tapi anehnya, walau sekuat mana kita cuba untuk mengelak, hakikatnya kita x mampu untuk lari dari kenyataan itu...dan kita kena hadapinya juga walaupun menyakitkan...

Siapa yang pernah merasainya, tahulah bagaimana sakitnya mencintai seseorang. Benarlah kata pujangga, " sakit yang paling dahsyat sekali adalah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas". Saya baru merasakannya, mencintai dan menyayangi seseorang tetapi akhirnya dikecewakan. Tipulah kalau saya cakap saya x sedih, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya waktu tu, macam-macam yang saya rasa, tapi saya x pernah menyesal mengenali dirinya, kerana walaupun dia pernah menyakiti hati saya, dia jugalah orang yang pernah buat saya bahagia...tapi buat masa ini biarlah saya ketepikan dahulu perasaan ini, jika ada jodoh Insya Allah, kami akan bertemu semula nanti.....

Sekarang ini, ramai orang yang hancur hidupnya kerana cinta, ada yang berputus asa, sesetengah pula hilang kewarasan dan ada yang sanggup bunuh diri gara-gara cinta...apa sebenarnya makna cinta bagi mereka..cinta tu kan suci, cinta juga anugerah terindah dari Illahi tapi manusialah yang telah mencemarkan kesucian cinta...
Putus cinta bukanlah pengakhir kepada segala-galanya. Ia adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta Allah, cinta sejati yang abadi. Ia juga permulaan yang baik jika kita bijak menanganinya, walaupun hakikatnya memang menyakitkan tetapi percayalah semua yang berlaku dah ditentukan oleh Allah, dan walaupun kita sendiri, kita tetap ada Allah...

Semua yang terjadi adalah kehendak Allah, dan kerana itu juga, saya kuatkan diri untuk bangkit semula dari kekecewaan ini dan ikhlaskan semua yang terjadi dan saya yakin suatu hari nanti saya pasti akan tahu hikmah di sebalik semua ini. Semuanya dari Allah, dan segala yang datang dariNya adalah yang terbaik..

"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah lah yang lebih mengetahui."

Kita selalu inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita, kalau boleh bersama dengan kita ke alam perkahwinan dan hingga ke akhir hayat, tapi adakah dialah yang terbaik untuk kita??...dan bagaimana jika suatu hari nanti dia berpaling dari kita dan pergi meninggalkan kita...waktu itu mesti kita akan berkata " Ya Allah, kenapa aku yang menerima nasib ini?"...sekiranya iman masih ada, kita tidak mungkin berkata seperti ini, kita seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan, sedangkan semua itu adalah ketentuanNya, sekiranya berlaku seperti ini kita masih boleh berfikir seketika dan yakin yang Allah sentiasa ada bersama kita.


Jangan persoalkan kenapa kita yang kena?..Tetapi katakan kita yang terpilih, dipilih oleh Allah. Kita terpilih untuk putus cinta dengan manusia, tetapi bertuah kerana dipilih bercinta dengan Allah. Pujuklah hati yang kecewa itu dengan apa yang telah ditegaskan oleh Allah bahawa apa yang lebih baik pada pandangan kita belum tentu baik pada realitinya. Yang pergi itu mungkin bukan yang terbaik untuk kita, dan yakinlah Allah telah sediakan yang terbaik untuk kita sebagai gantinya selagi mana kita bersabar.

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar.

Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.
Saya yakin semua yang terjadi adalah satu proses untuk memperbaiki diri saya, ia adalah satu pelajaran untuk saya mengubah diri saya ke arah yang lebih baik lagi..dan saya tahu apa sahaja yang berlaku dalam hidup ini adalah ujian..dan hakikatnya ujian itu bukanlah mudah dan saya harus kuat untuk hadapinya..dan Insya Allah, saya kuat untuk hadapi semua itu kerana Allah ada bersama saya...

Fahamilah hakikat ini, hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!
Sematkan di hati kita kata pujangga ini: "Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua...cinta sejati yang ditunggunya!"..

Saya doakan untuk diri saya dan juga untuk sesiapa sahaja, semoga suatu hari nanti, kita akan bertemu dengan cinta sejati tetapi cinta sejati saya yang kekal abadi tetap cinta Allah yang satu...Subhanallah, yakinlah Allah tidak pernah mengecewakan kita...